Tuesday, June 2, 2015

Holiday !

Hai, Assalamualaikum...

Okay, sebenarnya niat nak update blog tiap-tiap hari kat kolej kan ? Tapi..... busy final ! hahaha dan sekarang aku dah habis matrik taw. So, aku tengah bercuti kat rumah. Biasalah, niat tu mestilah nak kerja sbb nak duit and nak beli laptop tapi postpone dulu niat tu sebab malas. MALAS? ye, malas.

So sekarang ni kerja aku mengemas rumah, masak, ambil adik2 dari sekolah dan seumpamanya. Jadi suri rumah yang berjaya. Walaubagaimanapun aku tetap rasa bosan. Yelah, dulu lepas PMR rajin je nak involve dalam blog, vlog dan social media yang lain tapi lepas SPM sibuk kerja pulak then lepas matrik, jadi malas. Aku pun tak tahu kenapa. Aku sebenarnya mengharapkan seseorang untuk baca blog ni. Kiranya aku berangan someone tu akan follow story aku dan entah, macam ada someone yang dengar apa yang aku nak cerita.

Oh, baru-baru ni, aku dapat panggilan temuduga UKM bagi program sains makanan dengan pengurusan perniagaan. For the first time, temuduga tu kena buat video dan upload ke youtube supaya pihak diorang boleh tengok. Agak akward sikit lah dan mula meragui cara mereka, adakah mereka akan tengok video tu sampai habis ? mestilah kan tapi aku yang mengada rasa ntah apa-apa.

So far, aku tak ada dipanggil untuk temuduga yang lain lagi cuma aku harap sangat aku dapat masuk course kat UKM ni, aku nak involve dalam food industry. Tak kira lah, aku nak involve dalam kerjaya berkenaan pembuatan makanan. Doakan aku berjaya!

Sebenarnyakan, aku dah lama teringin nak travel. Pertama sekali aku nak pusing satu Malaysia. Walaupun aku study kat Kulim dulu, aku tak pernah travel ke Pulau Pinang or Pulau Langkawi. Penang tu pernah la travel masa sekolah dulu tapi pulau Langkawi tak pernah lagi. Sedih kan? Sebab parents aku selalu bawak aku pergi Teluk Batik sebab dekat dengan kampung hahaha. Ok, so sekarang aku teringin nak pergi Sabah. Cantik sangat laut kat Sabah. Aku suka tengok tempat yang macam tu. You know, biru laut, angin bayu, bunyi ombak, weh bestnya.


Seronok kan pada mereka yang memang dari keluarga yang senang yang dari kecil dah pergi travel. Tapi tak apa, jangan sedih-sedih. Kita punya kudrat, belajar elok-elok, kerja lepas tu pergi la mana kau nak pergi cik Liyana oi. 

Ok, sekarang dah bulan 6, bulan 9 dah masuk U untuk degree. macam tak percaya sebab nya rasa diri ni masih bawah umur hahaha. tapi, aku harap dapat UKM sebab dekat dengan rumah. So nanti apa-apa hal senang nak balik. Tambang pun tak mahal. Tapi tak dapat la nak merasa jelajah negeri orang kan? Setiap perkara tu mesti lah ada yang baik dan buruknya. Ambil yang baik je dan jangan lupa untuk bersyukur sebab selama mana kita bersyukur, selama itu kita rasa cukup.

Sampai di sini sahaja coretan aku untuk harini. wassalam.