Saturday, February 7, 2015

Final semester at Kolej mara kulim

Assalamualaikum,
Alhamdulillah aku dah sampai kat kolej lepas seminggu cuti. Yang paling penting lagi 3 bulan aku habis matrik. yeay... Actually tak sampai 3 bulan pun sebab final exam 20/4/2014 dan sekarang ni dah 7/2/2015. Pejam celik pejam celik dah nak habis matrik dah.

Dan mulai sekarang, aku dah boleh menaip kat blog dah sebab aku bawak notebook buruk aku ni hahaha buruk-buruk pun banyak dia berjasa kat aku kan lappy ? Aku rasa aku nak design balik lah blog ni dan nak blog walking macam dulu. Rindu sangat nak jadi macam dulu , rajin ber blog dan sebagainya dan maybe aku nak buat duit sikit dengan blog ni. Sambil menyelam minum air kan?

Esok dah mula kelas macam biasa sebab kedah mula hari hari ahad, so my class would be on sunday jugak lah kan ? Mood cuti tu tak hilang lagi dan aku masih malas nak pergi kelas esok dan alhamdulillah sejak masuk matrik ni aku tak pernah lagi lah ponteng kelas saja-saja. hehehe...

okay, sampai sini dulu. xoxoxo, love, yana :*

Friday, February 6, 2015

New Life

Assalamualaikum..
lama sangat rasanya tak menaip kat blog ni. Setelah beberapa kali blog ni di padam semua entry dan tinggal lah yang entah apa-apa. Haha. Sama lah cerita hidup aku yang aku padam semuanya yang dulu dan nothing left. Aku dengan hidup aku yang baru.

Setelah SPM habis, aku dah rasa kerja sekejap sebagai worker coolblog. buat air. Aku dah habiskan lesen kereta aku dan yang masih tergendala cumalah lesen motor dan aku akan sambung bila aku habis matrik tahun ni. Okay, sekarang aku sedang menuntut di Kolej Mara Kulim dalam Program Matrikulasi KPM selama setahun dan insyaallah aku akan habiskan matrik lagi 3 bulan dan sekarang aku sedang bercuti. Mid-sem break.

banyak yang aku belajar bila berada jauh dari family dan ini pertama kali aku berjauhan dengan family aku memandangkan aku dulu hanya bersekolah biasa dan bila masuk matrik , dapat pulak Kolej Mara Kulim, aku ditempatkan dalam dorm, bukan bilik ye. So, macam-macam aku belajar. Respect, trust, bersyukur dan macam-macam lagi.

aku tak tahu kenapa aku masih dibayangi dengan hidup aku yang lama. Hidup aku dan dia. Padahal, dia mungkin dah tak ingat aku mungkin dah tak ingat nama aku pun. Hidup mengajar aku untuk jadi lebih matang. Aku InsyaAllah akan menyambung Ijazah pertama aku pada bulan september ini. Banyak sangat yang perlu aku tunaikan bukan sahaja pada diri aku dan keluarga aku tapi pada dia. entah kenapa, aku nak tunjukkan yang aku boleh berjaya tanpa dia. benci ? dendam ?

2015 tahun yang kurang bernasib baik bagi aku. Kulit aku, kulit aku ditumbuhi jerawat macam cendawan . Semua orang tegur aku, dan aku hanya boleh senyum dan bagitahu kulit aku mula sensitif . baru aku faham kulit orang berjerawat tu macam mana dan aku tak ada jalan penyelesaian untuk masalah kulit aku ni dan aku mula trauma dan takut untuk pakai apa-apa produk pun.

Esok aku kena balik kedah . Ahad dah mula class and I've done nothing for the next class. haih, aku nak cuti lagi. Aku malas nak mula class. Oh btw, doakan aku utk dapat course yg best utk degree nanti dan aku still tak tahu aku nak jadi apa hahaha hmm sebenarnya agak teruk bila kau dah nak degree and kau still tak tahu kau nak apa dalam hidup kau kan. Yelah, aku rasa down sikit emm banyak sebenarnya bila result first sem aku agak teruk hanya sekadar lulus. Kau ingat kau akan dapat masuk medic ke nanti ? of course tak sebab medic nak 4.0 tapi apa nak buat kan sebab benda dah jadi so aku apply la course yang aku boleh masuk dan di antaranya ialah course math. Doakan aku berjaya.

Sampai sini je bebelan aku harini. Semoga hari anda dirahmati oleh Allah dan aku harap aku dapat menulis lagi di blog ni dengan macam-macam perkongsian dan mungkin lebih inspiring lagi. assalamualaikum :)