Assalamualaikum..
lama sangat rasanya tak menaip kat blog ni. Setelah beberapa kali blog ni di padam semua entry dan tinggal lah yang entah apa-apa. Haha. Sama lah cerita hidup aku yang aku padam semuanya yang dulu dan nothing left. Aku dengan hidup aku yang baru.
Setelah SPM habis, aku dah rasa kerja sekejap sebagai worker coolblog. buat air. Aku dah habiskan lesen kereta aku dan yang masih tergendala cumalah lesen motor dan aku akan sambung bila aku habis matrik tahun ni. Okay, sekarang aku sedang menuntut di Kolej Mara Kulim dalam Program Matrikulasi KPM selama setahun dan insyaallah aku akan habiskan matrik lagi 3 bulan dan sekarang aku sedang bercuti. Mid-sem break.
banyak yang aku belajar bila berada jauh dari family dan ini pertama kali aku berjauhan dengan family aku memandangkan aku dulu hanya bersekolah biasa dan bila masuk matrik , dapat pulak Kolej Mara Kulim, aku ditempatkan dalam dorm, bukan bilik ye. So, macam-macam aku belajar. Respect, trust, bersyukur dan macam-macam lagi.
aku tak tahu kenapa aku masih dibayangi dengan hidup aku yang lama. Hidup aku dan dia. Padahal, dia mungkin dah tak ingat aku mungkin dah tak ingat nama aku pun. Hidup mengajar aku untuk jadi lebih matang. Aku InsyaAllah akan menyambung Ijazah pertama aku pada bulan september ini. Banyak sangat yang perlu aku tunaikan bukan sahaja pada diri aku dan keluarga aku tapi pada dia. entah kenapa, aku nak tunjukkan yang aku boleh berjaya tanpa dia. benci ? dendam ?
2015 tahun yang kurang bernasib baik bagi aku. Kulit aku, kulit aku ditumbuhi jerawat macam cendawan . Semua orang tegur aku, dan aku hanya boleh senyum dan bagitahu kulit aku mula sensitif . baru aku faham kulit orang berjerawat tu macam mana dan aku tak ada jalan penyelesaian untuk masalah kulit aku ni dan aku mula trauma dan takut untuk pakai apa-apa produk pun.
Esok aku kena balik kedah . Ahad dah mula class and I've done nothing for the next class. haih, aku nak cuti lagi. Aku malas nak mula class. Oh btw, doakan aku utk dapat course yg best utk degree nanti dan aku still tak tahu aku nak jadi apa hahaha hmm sebenarnya agak teruk bila kau dah nak degree and kau still tak tahu kau nak apa dalam hidup kau kan. Yelah, aku rasa down sikit emm banyak sebenarnya bila result first sem aku agak teruk hanya sekadar lulus. Kau ingat kau akan dapat masuk medic ke nanti ? of course tak sebab medic nak 4.0 tapi apa nak buat kan sebab benda dah jadi so aku apply la course yang aku boleh masuk dan di antaranya ialah course math. Doakan aku berjaya.
Sampai sini je bebelan aku harini. Semoga hari anda dirahmati oleh Allah dan aku harap aku dapat menulis lagi di blog ni dengan macam-macam perkongsian dan mungkin lebih inspiring lagi. assalamualaikum :)
Friday, February 6, 2015
Monday, April 14, 2014
Tips lepas test atau ujian JPJ
ASSALAMUALAIKUM semua !
Alhamdulillah harini aku selesai semua urusan aku dengan jpj untuk kereta . Harini ujian kereta. Pagi-pagi lagi dalam pukul 8 aku dah tercongok kat depan office maju jaya ni. Sambil tunggu office buka, aku pun dok dengar Juz Amma sebab nak hilangkan gemuruh di jiwa yang menusuk di kalbu ni. Abang tuah datang buka office dan memberitahu angka giliran dan sesi keberapa . Aku dengar nombor aku 44 sesi 2 rupanya 94 sesi 2 hahahahaha Ya Allah jauhnya .
Lalu Abang firdaus pula yang menghantar kami calon-calon ujian ke SDC . Masih awal lagi nak mendaftar nama sebab baru pukul 9. Pukul 10.30 pagi baru lah boleh daftar untuk sesi 2. Agak berdebar bila tengok calon lain yang cuba naik bukit sebab tempat menunggu kami betul-betul di sebelah bukit tu. Bertambah berdebar bila dengar calon lain yang mengadu ketakutan.
Setelah selesai menunggu , giliran aku pun tiba. Aku perlu menyelesaikan bahagian di litar dahulu. masuk je kereta , terus hujan turun. Aku segera menutup tingkap kereta dan aku lihat masih banyak kereta di hadapan ku yang sedang menunggu giliran untuk memulakan ujian. Aku memulankan omelan kepada diri aku sendiri sebab tak ada orang pun dalam kereta tu kan so apa aku kesah ? haha . 'Boleh, kau boleh buat punya' Aku memulakan dengan Al-fatihah, 3 kul dan , selawat serta doa supaya aku lepas ujian ini. Biarlah ini kali pertama dan terakhir aku disini.
Ini antara tips yang aku boleh kongsikan sekadar dari pengalaman aku menghadiri ujian buat kali pertama.
1. Sebelum memulakan perjalanan serahkan segala-galanya kepada Allah kerana Dia yang berhak menentukan kejayaan kau tu.
2. Sebelum naik bukit, test dulu kenderaan kau tu . Clutch, handbreak dan sebagainya supaya kau faham konsep dan keadaan kereta tersebut.
BUKIT:
1. Naik dengan menekan pedal minyak dengan memastikan kereta tidak bergerak terlalu laju supaya kau boleh agak tempat dan masa nak berhenti.
2. Bila cermin sisi dah nak hampir dengan tiang 1 , terus tekan clutch dan break . (slow and steady)
3. Free gear dan tarik hand break.
4. Cuba sedaya upaya untuk melepaskan break kaki secara perlahan-lahan. Jangan nak gelojoh sangat!
5. Kalau kereta bergerak kebelakang, cuba sedaya upaya untuk tekan break kaki semula dan tarik handbreak lagi .
6. Kalau kereta dah okay, tak gedik kebelakang, boleh check keadaan tayar.
7. Kalau memang jauh tersasar dari garisan kuning, sila turun balik dan buat balik sebab jpj beri peluang kali kedua untuk kau cuba bukit tapi ingat dalam masa 5 minit je taw! ( 5 ke 3 minit? )
8. Kalau dah okay, kau angkat tangan dan melambai-lambai ke arah pegawai jpj yang bertugas. kalau dia suruh go, kau go lah kedepan turun bukit tapi this part yang memang tricky sikit.
9. Mula-mula, tekan clutch dan masuk gear satu . Kemuadian, tekan pedal minyak sampai tahap 3 setangah atau 4 pun boleh tapi kereta kau melalak lah. Lepaskan clutch secara perlahan-lahan sampai arrow turun ke 1 setengah dan kau kena pastikan kaki yang pijak clutch tu tak bergerak dan kau kena tekan minyak lagi sampai ke 2 setengah dan lepaskan handbreak. (kau kena tengok arrow kadang-kadang start dengan 2 , so kau kena buat calculation sendiri tambah tolak darab bahagi)
10. Taraaaa! Kau sekarang sudah melepasi bukit yang digeruni.
Selesai bukit, aku terus meredah hujan untuk mengambil borang di pondok pertama dan memberikan kepada pegawai jpj di pondok dua. Hujan sanggup aku redahi demi lesen ku yang tercinta kononnya haha. Kalau kau lepas bukit kau sepatutnya gembira dan menjerit yahooo Alhamdulillah aku lepas bukit sambil ketawa sendirian sebab kau tak akan percaya.
PARKING:
1. SILA GUNA GEAR SATU
2. Masuk dan cuba luruskan kereta dan pastikan tiang pertama selri dengan mata kau bila kau tengok cermin tiga segi kat belakang tu.
3. Masuk gear reverse , pusing kiri habis dan revearse sampai kau nampak 7 batang tiang.
4. Pusing ke kanan 2 kali, tengok tayar depan dah lurus kemudian kau reverse sampai tayar belakang atas garisan putih.
5. Pusing kanan habis dan reverse sampai tayar depan sebelah kanan atas garisan putih.
6. tukar gear 1 semula dan pusing kiri habis dan terus kedepan secara perlahan hingga kereta masuk dalam site parking.
7. Free gear dan angkat tangan dan melambai ke arah pegawai jpj ala-ala miss world.
8. kau jangan gatal nak ubah sterring kau yang ke kiri habis tu. pegawai jpj kata okay, kau reverse dan stop.
9. tukar gear 1 dan pusing ke kanan habis. Jalan kedepan dan bila dah lepas tiang pertama, stop.
10. Pusing kiri 3 kali dan keluar.
korang terus pergi ke 3 penjuru dan ;
1. Teruskan perjalanan dan bila bahu kau dah selari dengan tiang kedua kau pusing kanan.
2. Tukar gear reverse dan pusing kiri habis dan reverse.
3. Pusing kanan habis dan keluar.
okay, itu je pasal ujian litar. Pasal ujian jalan raya kemudian lah aku sambung sebab aku nak tidur , penat sangat. yang penting serahkan kebergantungan kau pada Allah. jangan gelabah dan bayangkan ini cuma kelas biasa. Jadi bijak, sentiasa free gear kalau enjin mati. Start kereta dengan tenang. Ujian litar kena buat dengan slow and steady . Semoga perkongsian aku dapat diguna pakai dan membawa kejayaan mendapatkan lesen kereta korang. Semoga berjaya!

Subscribe to:
Posts (Atom)